Senarai Filem-Filem Batman

Memandangkan filem terbaru Batman bakal keluar di pawagam berdekatan anda tahun hadapan, ini adalah beberapa filem Batman yang kami senaraikan buat peminat filem DC dan juga lelaki berpakaian kelawar. Jom flashback!

1 .BATMAN THE MOVIE (1966)

Ini merupakan filem terawal Batman yang dilakonkan oleh Adam West. 

Adam West merupakan pelakon Batman yang popular dari 1966 sehingga 1968. Dan Adam West ini membawa watak Batman dalam siri televisyen yang mempunyai 120 episod banyaknya serta dalam satu filem aksi Batman.

Penerimaan peminat dan penonton terhadap Adam West yang memegang watak Batman pada ketika itu diterima dengan baik meskipun pada masa itu terdapat unsur-unsur komedi dan “campy” dalam siri Batman itu selain ia juga merupakan satu franchise yang sangat popular!

2. BATMAN (1989)

Ini merupakan filem Batman pertama yang diarahkan oleh Tim Burton.

Bagi sesiapa yang mengenali atau meminati sentuhan Tim Burton, anda mesti tahu hasil karyanya yang sedikit aneh dari segi karakter dan banyak menggunakan pengaruh German expressionism. Termasuk juga dalam filem Batman ini.

Perbezaan yang ketara dalam filem Batman ini daripada yang sebelumnya adalah Tim Burton memasukkan elemen “Spooky Art Deco”, sleek dan cool yang mengangkat filem superhero ini dengan cara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

Selain daripada filem Batman (1989) ini, Burton juga telah mengarah filem Batman Returns yang keluar pada tahun 1992 dan kali ini dengan watak popular seperti Cat Woman yang dimainkan oleh Michelle Pfeiffer dan juga watak antagonis The Penguin.

3.BATMAN FOREVER (1995)

Selepas Tim Burton melepaskan kerusi pengarah Batman Forever ini dan membuka peluang kepada Joel Schumacher, Tim Burton masih lagi terlibat tetapi sebagai produser sahaja.

Bukan setakat pengarah saja yang bertukar malah, pelakon yang memainkan watak Batman juga berubah dan kali ini Val Kilmer pula yang memegang watak sebagai Bruce Wayne / Batman.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila Jim Carrey juga terlibat dalam filem ini sebagai watak jahat The Riddler. 

Siapa yang tak kenal Jim Carrey yang mampu memegang apa sahaja watak yang diberikan dan merupakan salah satu pelakon yang handal dalam method acting apabila melakonkan sesuatu watak. 

4. BATMAN BEGINS (2005)

Selepas 8 tahun ini merupakan filem pertama Batman yang muncul selepas lama menunggu! Dan kali ini watak Batman dimainkan oleh Christian Bale dan diarahkan oleh the legendary Christopher Nolan. 

Christian Bale membawa watak sebagai Bruce Wayne ketika muda dan lakonannya benar-benar tidak mengecewakan dan berjaya memaparkan watak Bruce Wayne yang kelihatan suram dan serius. 

5. THE DARK KNIGHT (2008)

Kali ini sedikit berbeza dengan filem-filem Batman yang lain apabila sebaliknya watak antagonis Joker yang menangkap perhatian penonton.

Heath Ledger benar-benar berjaya menghidupkan watak ini. Beliau meletakkan satu penanda aras yang tinggi bagi sesiapa yang melakonkan watak Joker selepasnya.

6. THE DARK KNIGHT RISES (2012)

Selepas pemergian Heath Ledger sebagai Joker, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pembikinan filem Batman trilogy ini akan berlangsung.

Ramai yang menyangka tiada siapa dapat menaikkan taraf filem Batman ini selepas pemergian Heath Ledger tetapi secara tidak sengaja ia juga merupakan kod yang sesuai dengan Trilogi Nolan yang berjaya memuaskan hati peminat dengan lakonan yang memuaskan, jalan cerita yang logik, konsisten dan lingkaran watak yang lengkap.

Dalam sekuel ini penonton dapat menyaksikan seluruh kota Gotham berada dibawah ancaman pemusnahan yang jatuh ditangan penjahat yang bertopeng yang bernama Bane. malah watak Batman juga digarap kelihatan tidak berdaya untuk menangai anarki terbaharu ini.

7. THE BATMAN (2022)

Akhirnya apa yang dinanti-nantikan hampir tiba! Khabar angin mengatakan bahawa Robert Pattinson bakal menjadi pelapis baru sebagai Batman adalah benar. 

Apa yang boleh dilihat dalam trailer baharu The Batman ini, Robert Pattinson nampak sesuai membawa watak sebagai Bruce Wayne ataupun Batman ini.

Rata-rata mengatakan filem The Batman ini mungkin yang terbaik diantara yang lain-lain dan mempunyai jalan cerita yang lebih berat.

Apa pendapat anda? Siapa yang tak sabar nak tengok filem Batman terbaru ini?