Raya And The Last Dragon

Filem ini merupakan filem Disney pertama yang memaparkan dan diinspirasikan dari enam buah negara dari Asia Tenggara! Siapa yang belum tengok tu, ini beberapa fakta menarik kenapa anda harus menonton filem ini.

1. WORK FROM HOME 

Sebanyak 400 orang bekerja dari rumah disebabkan pandemik dalam persiapan filem ini termasuklah pelakon dan kru produksi. 

Disebabkan norma baru ini, Pengarahnya Carlos López Estrada tidak menafikan bahawa mereka juga skeptikal dan risau jika cara ini tidak menjadi dan memberikan hasil yang tidak memberangsangkan. 

Namun, ianya terbukti sebaliknya apabila disebabkan norma baru ini sebenarnya merapatkan lagi hubungan dan kepercayaan diantara kru produksi walaupun mereka terpaksa bekerja dari rumah di lokasi yang berbeza. 

2. KETENGAHKAN SENI PERTAHANKAN DIRI DARI ASIA TENGGARA

Lagi menariknya filem ini apabila mereka juga memasukkan unsur seni pertahankan diri yang dikenali oleh orang ramai seperti Pencak Silat dari Malaysia dan Indonesia, Muay Thai kickboxing dari Thailand , traditional Vietnamese wrestling dari Vietnam, Arnis & Kali martial arts dari Philippines dan Krabi Krabong. 

Dan kalau anda lihat dengan teliti dalam filem ini senjata yang digunakan oleh Raya juga merupakan sebilah keris yang juga diilhamkan oleh negara Malaysia dan Indonesia! 

Filem ini sudah tentu menaikkan martabat negara-negara Asia Tenggara dengan mempamerkan budaya dari setiap negara dalam filem tersebut.

3. KEPELBAGAIAN BUDAYA

Seperti apa yang diberitahu, filem ini sememangnya mengangkat budaya dari negara-negara Asia Tenggara. 

Apa yang dapat dilihat dalam filem ini selain daripada seni pertahankan diri yang jelas, nama Raya, lukisan batik, pakaian dan makanan juga dapat dilihat dalam filem ini. Makanan yang popular seperti Tom Yam Nam Sai, Gang Sapparod, Moo Sarong, Look Choop, Tong Yod dan Satay.

4. NAMA HAIWAN TUNGGANGAN RAYA

Haiwan tunggangan Raya yang merupakan seekor Tenggiling yang diberi nama Tuk Tuk. Dan nama Tuk Tuk ini diinspirasikan daripada pengangkutan popular di Bangkok iaitu beca yang dipanggil Tuk Tuk.

5. PENULIS SKRIN CRAZY RICH ASIAN

Penulis skrin atau “screenwriter” dan pembantu penulis skrip adalah daripada Adele Lim yang juga terlibat semasa pembikinan filem Crazy Rich Asian. 

Adele Lim menyatakan filem ini bukannya hanya diinspirasikan dari budaya semata-mata tapi ianya jauh lebih dalam daripada itu.

Contohnya apabila bapa kepada Raya yang memasak sup yang kelihatan seperti Tom Yam buat Raya yang memberi kesan terhadap Adele Lim kerana sebagai orang yang berasal daripada Asia Tenggara cara mereka menunjukkan kasih sayang adalah melalui makanan.

Ini adalah serba sedikit fakta menarik mengenai filem Raya And The Last Dragon. Filem ini juga mesra kanak-kanak. Selamat menonton!