Konsep Dendam Dalam Filem

Filem aksi, dendam dan kekeluargaan ringan sering menjadi pilihan peminat tempatan. Kami senaraikan beberapa filem yang harus ditonton semula jika anda sudah khatam filem-filem baharu. 

1. WIRA 

Filem aksi arahan Adrian Teh dan ditulis oleh Anwari Ashrafi.

Kisah mengenai Hassan (Hairul Azreen) bekas tentera yang pulang ke pangkuan keluarganya setelah sekian lama untuk membela nasib mereka.

Konflik bermula apabila Hassan mendapat tahu bahawa adiknya Zain (Fify Azmi) berhutang dengan Raja akibat kekalahan dalam pertandingan seni bela diri campuran anjuran Raja.

Filemini juga membawa masuk pelakon dari negara Indonesia seperti Ismi Melinda dan Yayan Ruhian. Siapa tak kenal Yayan Ruhian?

Yayan bukan hanya pelakon biasa tetapi juga merupakan pelakon seni beladiri yang terkenal di Indonesia! Yayan pernah terlibat dalam filem John Wick 3!

Antara babak menarik dalam filem ini apabila penonton disajikam dengan aksi pertempuran yang meyakinkan dan nampak realistik.

2. SANGKAR

Siapa tak kenal pengarah filem romantis, Kabir Bhatia?

Sangkar merupakan filem aksi pertama daripada pengarah ini. Siapa pelakon utama dalam filem ini? Remy Ishak dan juga Zul Ariffin. 

Remy Ishak memegang watak Johan dan Zul Ariffin pula sebagai Adam yang merupakan musuh dalam filem ini.

Mengisahkan jalan cerita mengenai permusuhan antara dua atlet sukan MMA tempatan dan kemudiannya memaparkan perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.

Filem aksi seperti ini paling jarang dipamerkan dalam filem tempatan. Dan watak Remy Ishak yang mencabar apabila wataknya kebanyakannya hanya baring terlantar dan harus bermain dengan emosi dan memek muka. Dan selebihnya anda harus tontonnya sendiri!

3. AKU TAK BODOH

Mungkin ada yang tak ingat tapi cerita ini dikeluarkan pada tahun 2010. Terdapat ramai pelakon hebat-hebat seperti Adibah Noor, Nam Ron, Amy Mastura dan juga Riezman Khuzaimi.

Filem ini bukanlah genre aksi tetapi lebih kepada nilai kekeluargaan. Berkisarkan mengenai perjalanan hidup yang berliku-liku seorang remaja berumur 18 tahun yang bernama Roy. Akibat tidak mendapat perhatian daripada ibubapanya yang sibuk,

Roy memberontak dan terlibat dalam pergaulan bersama kumpulan budak nakal.

Filem arahan Boris Boo ini diadaptasikan dari filem Singapura iaitu I Am Not Stupid. Trailer bagi filem ini ada dibawah!

4. GERAN

Filem yang mempamerkan seni pertahankan diri Pencak Silat. Apa yang menariknya mengenai filem ini kebanyakkan aksi silat yang ditayangkan dilakukan oleh pelakon sendiri.

Pelakon-pelakon yang diambil adalah mereka yang berpengalaman dalam ilmu silat atau para pesilat sebenar. 

Jalan cerita yang mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.

Walaupun kurang dapat sambutan di Malaysia namun, negara luar sangat menghargai filem ini dan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A. Craft di Festival Filem Asia New York ke-19!

5. DENDAM PONTIANAK

Dendam Pontianak dilakonkan oleh Fazura yang memegang watak sebagai Mina. Mina kembali sebagai pontianak untuk membalas dendam terhadap kekasih lamanya, Khalid yang dilakonkan oleh Remy Ishak.

Filem genre seram dan romantis dengan jalan cerita yang mudah faham pasti digemari oleh kebanyakkan lapisan penonton. Dengan sinematografi yang memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana pada zaman era 60-an, selain daripada props dan kostum yang juga menghidupkan lagi filem ini.