Jom Tengok Wayang!

Akhirnya bagi peminat-peminat filem tempatan atau luar negara kini boleh menonton filem di panggung wayang!

Ini beberapa filem luar negara yang bakal ditayangkan pada bulan September ini!

1. BLACK WIDOW

Siapa peminat Avengers, kali ini Marvel keluarkan filem solo bagi karakter pengintip Russia Natasha Romanoff atau lebih dikenali sebagai Black Widow. 

Filem Black Widow ini menceritakan latar belakang dan bagaimana Natasha Romanoff menjadi pengintip Rusia sebelum Natasha menjadi sebahagian daripada kumpulan Avengers. 

Filem ini juga turut menjelaskan kepada penonton kenapa Black Widow memilih untuk mati dalam filem Avengers: Endgame dan menyelamatkan Hawkeye.

2. JUNGLE CRUISE

Dibintangi oleh pelakon komedi dan aksi terkenal Dwayne Johnson, dan juga pelakon dari filem A Quite Place, Emily Blunt yang buat pertama kalinya digandingkan bersama dalam sebuah filem.

Filem ini menceritakan mengenai pengembaraan Dr. Lily Houghton yang meminta bantuan kebijaksanaan kapten Frank Wolff untuk membawanya ke Amazon, dalam misi mencari pokok yang mempunyai kuasa luar biasa. Ia bakal menjadi satu penemuan yang akan mengubah masa depan dunia perubatan.

3. MALIGNANT

Sebuah filem seram arahan James Wan yang merupakan pengarah filem blockbusters, Insidious, Furious 7, Aquaman dan banyak lagi.

Filem Malignant ini mengisahkan seorang wanita bernama Emily May yang mendapat visi mengenai pembunuh bersiri bernama Gabriel. Namun, Emily kemudiannya sedar bahawa pembunuhan tersebut benar-benar terjadi di dunia realiti. Dan kes ini mula dirungkai oleh seorang detektif mengenai kisah silam Emily May dan juga pembunuh bersiri tersebut. 

4. JAMES BOND: NO TIME TO DIE

Lagi filem terbaru dari James Bond yang bakal ditayangkan mulai September ini di seluruh panggung wayang di Malaysia. 

Ini merupakan filem James Bond yang ke-25! Filem terawal James Bond adalah pada tahun 1962. Dan dikatakan durasi filem James Bond kali ini lebih lama kalau nak dibandingkan dengan yang sebelum-sebelumnya iaitu 163 minit ataupun 2 jam 43 saat!

5. SUICIDE SQUAD

Kali ini Suicide Squad tampilkan lagi beberapa watak jahat dengan John Cena sebagai Peacemaker.

Pasti ramai yang ternanti-nantikan sekuel daripada DC dan ingin tahu apa lagi yang akan terjadi dengan sekumpulan penjahat yang direkrut sebagai Suicide Squad ini.

Terdapat pelbagai karakter baru dalam filem ini dan cuma Harley Quinn (karakter yang diminati ramai!) masih menjadi karakter tetap dalam filem ini tetapi dengan imej baharu.

Semestinya anda harus tonton filem Suicide Squad kali ini kerana ia menampilkan “look and feel” yang berbeza kalau nak dibandingkan dengan Suicide Squad yang pertama.

Ini lah beberapa filem menarik yang bakal ditayangkan di pawagam nanti. Jangan lupa ikuti SOP yang ditetapkan kerajaan dan anda disarankan untuk beli makanan atau tiket secara dalam talian demi keselamatan kita semua. Selamat menonton!