Jejaka Idaman Malaya Sudah Dimiliki

Gambar Selepas Selesai Sesi Akad Nikah

Berita yang menyentap sanubari dan perasaan gadis-gadis di Malaysia!

Aktor terkenal, Remy Ishak kini bergelar suami apabila selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Ezza Yusof.

Gambar Ketika Majlis Pertunangan

Ia sekaligus menamatkan penantian peminat yang berteka-teki, siapakah gadis yang mampu menambat hati pelakon berbakat itu.

Populariti Remy dalam bidang hiburan Malaysia tidak perlu diperkatakan lagi. Remy sering muncul di layar perak mahupun kaca TV. Malah turut menjadi pilihan ramai usahawan sebagai duta mereka.

Menurut sumber, Remy sepatutnya bakal muncul dalam sebuah filem aksi tahun hadapan. Namun pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menangguhkan perkembangan produksi filem tersebut.

Semoga perkahwinan ini menambahkan lagi keberkatan rezeki buat Remy Ishak.

Selamat pengantin baru!