Hujan Emas Di Negeri Orang
Kutipan tiket sering menjadi kayu ukur kepada bagusnya kualiti sesebuah filem. Hakikatnya, ia bukanlah seperti itu. Kutipan tiket bukan penentu mutlak.
Dalam lanskap sinema tempatan, terdapat beberapa filem yang bagus namun tidak mencapai status box-office (box-office merujuk kepada filem mencatat kutipan tiket yang tinggi).
Kami senaraikan 7 filem yang dipandang sepi di negara sendiri, namun mendapat penghargaan sewajarnya di negara orang.
PEKAK

Mengisahkan seorang pemuda pekak yang ingin mendengar seperti biasa. Untuk mendapatkan biaya bagi pembedahan, dia terjerumus dalam aktiviti pengedaran dadah. Dia kemudian ditakdirkan bertemu dan jatuh cinta dengan seorang pelajar perempuan yang bermasalah dan ingin lari dari keluarga.
Pengarah: Mohd Khairul Azri
Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah
Pencapaian:
Russia’s International Motivational Film Festival – Bridge Of Arts (IMFF 2016)
- Pelakon Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim), Skrip Terbaik (Mohd Khairul Azri)
REDHA

Diangkat dari kisah benar, Redha menceritakan tentang sepasang suami isteri yang berdepan cabaran membesarkan anak autistik.
Pengarah: Tunku Mona Riza
Pelakon: Namron, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Susan Lankester
Pencapaian:
Prabang Film Festival 2017 – Audience Choice
ONE TWO JAGA

Filem kontroversi mendedahkan sisi gelap seorang anggota polis korup yang berlawan ideologi dengan rakan kerjanya yang masih memegang integriti penguatkuasa.
Pengarah: Shahili Abdan @ Namron
Pelakon: Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Vanida Imran
Pencapaian:
ASEAN International Film Festival & Awards 2019
- Pengarah Terbaik (Namron)
GERAN

Mengetengahkan aksi pencak silat, ia mengisahkan perjuangan sebuah keluarga untuk mendapatkan kembali geran tanah mereka dari kumpulan samseng.
Pengarah: Areel Abu Bakar
Pelakon: Namron, Khoharullah, Feiyna Tajuddin, Azlan Komeng
Pencapaian:
- Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke 19
- Anugerah Daniel A.Craft
- Tayangan di platform digital Hi-Yah, Amerika Syarikat
MIMALAND

Menampilkan genre seram, ia mengambil tempat di sebuah taman tema terbiar di pinggir Kuala Lumpur apabila sekumpulan pembikin filem mengalami pelbagai kejadian aneh ketika melakukan penggambaran di situ.
Pengarah: Nevin Hiong
Pelakon: Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Hazzy Alzeeq, Camelia Natasya
Pencapaian:
- Alternate Film Festival Spring (AltFF) 2021
- Filem Seram Terbaik
- Pengarah Terbaik
- World Film Carnival (WFC) Singapore 2021
- Filem Fiksyen Seram Terbaik
- Aktor Terbaik (Fattah Amin)
BELABAN HIDUP: INFEKSI ZOMBIE

Filem ini berkisar tentang eksperimen biologi haram oleh sekumpulan saintis asing yang mengakibatkan wabak penyakit terhadap komuniti Dayak Borneo.
Pengarah: Ray Lee
Pelakon: Pablo Amirul, Puteri Adrianna, Altimet, Pekin Ibrahim
Pencapaian:
- World Film Carnival (WFC) Singapore 2021
- Filem Cereka Seram Terbaik
- International Symbolic Art Film Festival Rusia 2021
- Filem Cereka Terbaik
- Filem Seram Terbaik
- Sweden Film Awards 2021
- Filem Seram Terbaik
- Canadian Diversity Film Festival 2021
- Filem Cereka Terbaik
OLYMPIC DREAM

Mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda yang berusaha bersungguh-sungguh menggapai impian mewakili negara dalam pertandingan badminton ke pentas Olimpik.
Pengarah: Don Hoe
Pelakon: Maya Karin, Jordan Voon, Annabelle Tan, Adelle Ng
Pencapaian:
- Festival Filem Antarabangsa Chambal 2019
- Anugerah Khas Juri
- Festival Filem & TV Ramsgate Britain’s 2020
- Pelakon Wanita Terbaik (Maya Karin)
- Festival Filem New York City 2021
- Filem Aksi Terbaik