Filem Turki Yang Wajib Ditonton

Sekarang ni selain Instagram, hampir kesemua rakyat Malaysia semestinya ada aplikasi Tiktok bagi mengisi masa lapang ketika PKP. Bukan sahaja kerana isi kandungan yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi itu, tetapi kebanyakan pengguna juga saling berkongsi filem yang wajib ditonton oleh orang ramai.

Antaranya ialah sebuah filem Turki, “Water & Fire” yang jadi viral dan rata-rata dikongsikan di media sosial.

Filem ini menceritakan tentang seorang wanita yang bercinta dengan seorang lelaki ketua kongsi gelap. Dengar macam jalan cerita yang ringkas, tetapi perjalanan percintaan pasangan ini tidak semudah yang disangkakan.

Pasangan ini pada mulanya hanya berjumpa di dalam kapal terbang dan secara kebetulan berselisih pula di hospital yang seterusnya membuatkan hubungan mereka menjadi akrab. Lalu perasaan cinta mula berputik antara satu sama lain.

Namun hubungan mereka dihalang oleh keluarga pihak lelaki atas sebab-sebab tertentu yang anda harus tonton sendiri.