Filem Tempatan Ke AltFF

Ketika kita semua risau dengan keadaan pandemik yang mula melanda tahun lepas, banyak perniagaan turut terjejas termasuk juga industri hiburan. Namun, ada berita gembira buat industri perfileman tempatan!

Siapa pernah dengar filem Miimaland? Filem arahan Nevin Hiong yang merupakan pengarah filem Kampung Drift dan Strawberi Cinta ini buat pertama kalinya mengarah filem bergenre seram. 

FIlem ini berjaya diiktiraf diluar negara apabila ‘Miimaland’ ini memenangi anugerah filem seram terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF Alternative FIlm Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada. Filem Miimaland ini mengetepikan filem antarabangsa seperti Dead Destination dan Faith dari United Kingdom, Edwin (Kanada) dan Thousand Of Years dari Amerika Syarikat.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah penggambaran yang dilakukan di taman tema popular, Miimaland yang merupakan sebuah taman tema terbengkalai dan terbiar di kawasan hutan. 

Situasi menjadi lebih menyeramkan apabila kejadian aneh mula berlaku dan salah seorang pelakon telah diganggu entiti mistik.

Barisan pelakon dalam filem ini Fattah Amin sebagai Ariel, Sophia Albarakbah sebagai Elize. 

Siapa sangka, niat Nevin dan kumpulan produksi filem ini asalnya hanya ingin mencuba nasib dengan menghantar karya mereka itu ke beberapa filem festival diluar negara. Namun ia membuahkan hasil yang membanggakan. Filem Miimaland ini ditayangkan pada bulan September, 2020 di Malaysia, Singapore dan Brunei. 

Kalau anda nak tahu taman tema Mimaland sebenar ini sememangnya misteri dan terletak di Gombak yang dibuka pada tahun 1974 sehingga 1994. Terdapat beberapa isu yang pernah berlaku disana. Antaranya ialah seorang warga Singapura yang maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada tahun 1993. Selain itu terjadi kejadian kecil tanah runtuh menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama.

Akibat kelemahan dalam kawalan keselamatan, Mimaland diarahkan untuk menghentikan operasi mereka pada tahun 1994.