Filem Romantis Yang Laris!

Bagi sesiapa yang sukakan filem romantis, inilah beberapa filem romantis yang paling laris di tanah air!

1. 29 FEBRUARI

Filem 3D pertama di Malaysia. Dilakonkan oleh hero Malaya, Remy Ishak sebagai watak utama, Budi. 

Menceritakan kisah percintaan sepasang kekasih, Budi dan Lily yang mempunyai perbezaan kaum dan agama. Secara tak langsung merupakan konflik dalam filem ini apabila bapa Lily tidak merestui hubungan mereka itu.

2. PULANG

Sebuah filem biografi dan berkisahkan kisah benar, jalan cerita yang penuh liku-liku mengenai seorang nelayan bernama Othman lakonan oleh Remy Ishak yang merantau ke negara luar demi mencari rezeki untuk mengubah nasib isterinya Che Thom dan anaknya.

Che Thom merestui keputusan yang dibuat oleh suaminya dan menunggu selama 61 tahun kepulangan suami untuk kembali disisinya.

3. CINDERELLA

Cerita mengenai Nurul seorang gadis kampung yang tinggal bersama ibu, adik dan abang tirinya.

Keadaan Nurul sinonim dengan tajuk filem ini, dilayan seperti orang gaji oleh keluarga tirinya itu tanpa rasa belas kasihan. Situasi jadi kelam apabila Nurul dirogol oleh abang tirinya sendiri dan terus melarikan diri dan berjumpa dengan Salman.

Pelakon utama diterajui oleh Nelydia Senrose dan Fizo Omar.

4. AKU TERIMA NIKAHNYA

Siapa tak ingat filem ini? Lakonan oleh Nora Danish dan juga Ady Putra sebagai suami isteri dalam filem ini begitu menyentuh perasaan!

Jalan cerita yang tragis buat sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan mengalami masalah rumahtangga apabila suaminya hilang ingatan akibat kemalangan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh si isteri yang berusaha untuk mengembalikan memori mereka bersama walaupun terpaksa menanggung kepedihan. 

5. LAGENDA BUDAK SETAN

Banyak pujian yang diberikan kepada barisan pelakon dalam cerita ini seperti Que Haidar, Lisa Surihani dan Farid Kamil. Mereka yang betul-betul menjiwai watak yang dapat dirasai oleh penonton!

Diadaptasikan dari novel oleh Ahadiat Akashah mengenai Kasyah (Farid Kamil) yang merupakan seorang pelajar universiti yang nakal dan sentiasa dikenakan tindakan disiplin. Namun Kasyah mula berubah apabila mengenali seorang pelajar baru bernama Ayu (Lisa Surihani)

Konflik bermula apabila Ayu terpaksa menerima lamaran kekasih lamanya, Azmi (Que Haidar) yang merupakan seorang pemabuk dan panas baran.