Filem Mafia Wajib Tengok!

Filem yang mempresentasi keluarga-keluarga mafia sebenarnya menonjolkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat Amerika dengan kondisi ekonomi mereka yang teruk. Kumpulan mafia merupakan satu kumpulan jenayah terancang yang kebanyakkannya berpusat di Itali dan Amerika yang berkembang di Sicily yang diperintah sehingga di pertengahan abad ke-19.

Dan filem berkonsepkan mafia ini juga merupakan satu metafora dari golongan kapitalis yang bertujuan untuk melindungi diri dan melaksanakan keadilan mereka sendiri.

Ini adalah beberapa filem berkonsepkan mafia wajib tonton yang pasti tidak mengecewakan!

Goodfellas (1990) 

Siapa yang tak kenal Robert De Niro? Beliau merupakan seorang pelakon yang komited dengan watak yang dipegang dan sentiasa menghidupkan lagi watak itu.

Filem arahan Martin Scorsese ini menceritakan tentang perjalanan hidup Henry Hill yang mempunyai cita-cita yang ingin menjadi seorang gangster sejak kecil. 

Cita-citanya perlahan-lahan menjadi kenyataan dengan bantuan beberapa kenalannya. 

A Bronx Tale (1993)

Menceritakan tentang seorang remaja bernama Calogero yang memandang tinggi seorang mafia bernama Sonny. Tetapi isunya menjadi lagi kompleks apabila Calogero jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Jane yang merupakan gadis berkulit hitam kerana pada ketika itu, terdapat ketegangan kaum antara Itali-Amerika dan Afrika-Amerika.

Filem ini mengandungi skrip yang hebat dan jalan penceritaan yang menarik. Nilai utama yang diterapkan dalam filem ini adalah lebih kepada tentang erti nilai kehidupan. Dan kalau anda nak tahu ini merupakan filem pertama arahan Robert De Niro! 

City Of God (2002) 

Selalunya filem berkonsepkan mafia memang tidak akan lari dengan kegiatan haram. 

Filem ini menceritakan tentang Rocket yang merupakan seorang fotografer yang mendokumentasikan peningkatan penggunaan dadah dalam kalangan orang yang seusia dengannya melalui foto. 

Manakala José Zé Pequeno pula merupakan seorang pengedar dadah yang bercita-cita tinggi dalam bisnes haramnya itu. Terdapat banyak konflik dalam filem ini diantaranya adalah konflik diantara polis dan ganster, mengenai kelainan pendapat dan cita-cita juga boleh menimbulkan konflik.

The Departed (2006) 

Dalam filem ini terdapat beberapa pelakon yang dikenali ramai seperti Leonardo Dicaprio dan Matt Damon. 

Sudah tentu ramai yang sudah menonton filem ini akan dapat mengenali gaya Martin Scorsese. Beliau memang cenderung mengarahkan filem bergenre seperti ini.

Jalan cerita yang mendebarkan mengenai Billy Costigan yang bekerja dibawah unit siasatan khas dan disuruh untuk menyamar dan masuk kedalam keluarga mafia Frank Costello sambil cuba menyembunyikan identitinya. 

The Irishman (2019)

Filem mafia yang masih mempunyai elemen klasik berbanding filem mafia yang lain. 

Jalan cerita yang jelas dan lebih relax menceritakan tentang seorang pemandu trak yang juga merupakan seorang “hitman” dari keluarga mafia Pennsylvania.

Walaupun filem ini berdurasi selama 3 jam 29 minit ini tidak langsung membosankan bahkan buatkan anda setia mengikuti jalan ceritanya! 

Konflik cerita ini bermula apabila syarikat Frank Sheeran (Robert De Niro) menuduhnya mencuri dan dari situ Frank Sheeran mula bekerja dengan Northeastern Pennsylvania crime family dan menuruti segala perintah dan arahan dari Russell Bufalino.