Filem Konsep Fantasi

Setiap orang mempunyai cita rasa genre filem tersendiri, tetapi kebanyakkan rakyat Malaysia gemar menonton filem bergenrekan komedi, romantik atau seram. Ini adalah beberapa filem tempatan berkonsepkan fantasi dan komedi yang sesuai untuk ditonton semula di platform strim berbayar. 

1. MAGIKA 

Siapa yang tak ingat filem musikal Malaysia pertama yang berkonsepkan pelbagai kisah dongeng, legenda dan mitos. 

Filem sulung arahan Edry Abdul Halim ini memaparkan kisah dua adik- beradik yang menemui alam fantasi. Bagi sesiapa yang suka mendengar cerita-cerita mitos dan pantang larang orang Melayu,

filem ini harus ditonton! Filem ini berunsurkan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Oleh itu ia sesuai ditonton bersama seisi keluarga. Magika menampilkann15 orang pelakon hebat seperti M Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Aznil Nawawi, Ogy Ahmad Daud, Vanidah Imran dan banyak lagi!

2. MAN LAKSA

Pengarah Mamat Khalid yang berkarya pada filemnya ini dengan konsep humor dan realiti masyarakat kampung. 

Kisah tentang seorang pemuda menjual laksa yang bekerja keras kerana ingin berkahwin dengan seorang gadis pilihannya.

Suatu hari dia mendapat peluang terbaik untuk memenangi hati bapa kepada gadis pilihannya itu. Filem ini merupakan satu naskah komedi surreal dan simbolik. 

3. MISTERI JALAN LAMA

Sebuah filem seram fantasi arahan Adflin Shauki yang berani meneroka subjek yang lain daripada yang lain. Kisah adik beradik yang mempunyai watak berbeza melalui perjalanan yang penuh misteri dengan memasuki jalan lama yang menghubung kembali sejarah dunia orang Bunian. 

Filem ini menghubungkan penonton ke alam Bunian dengan kod visual antara realiti dan fantasi. Jalan cerita ini adalah sedikit berat bagi penonton yang lebih sukakan jalan cerita yang ringkas dan tidak mengelirukan. 

4. NOTA

Filem yang menunjukkan apa itu “Nocebo Effect” dalam watak Erin lakonan Maya Karin yang mempunyai masalah untuk mengawal mindanya yang sering berfikiran negatif dan mempunyai imaginasi minda yang kompleks. 

Ini merupakan filem abstrak dan halus yang diarahkan oleh pengarah Jepun, Yasu Tanaka. 

Jalan cerita mengenai sepasang suami isteri yang mempunyai masalah rumahtangga dan konfliknya bermula ketika mereka bercuti di Taman Negara Bako bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10 dan Erin menjumpai sehelai nota yang ditulis oleh suaminya yang mahu bercerai dengannya. 

Jalan cerita yang mendebarkan dan bergenre psiko-jenayah ini harus ditonton bagi mereka yang gemarkan jalan cerita yang membuatkan anda tak senang duduk.

5. ALIFF DALAM 7 DIMENSI

Siapa peminat Izzue Islam boleh tonton filem ini dengan Izzue yang membawakan watak berlainan daripada biasa. 

Filem berkonsep horror-komedi mengisahkan Aliff (Izzue Islam) yang memiliki kelebihan boleh berhubung dan melihat entiti paranormal. 

Konsep cerita yang dipamerkan melalui watak Aliff ini membantu penonton untuk turut bersimpati dengan Aliff yang menanggung kesakitan emosi dan fizikal sejak kecil. Surrelaism dalam filem ini boleh dilihat melalui visual dan dan simbol ketika Aliff berdepan dengan entiti halus yang tidak dapat dilihat oleh orang-orang lain. 

Ini adalah beberapa filem berkonsepkan fantasi atau surrealism yang anda harus tonton!