Filem Antarabangsa Dilakukan Di Malaysia

Ini adalah beberapa filem antarabangsa yang mungkin anda tidak tahu penggambarannya dilakukan di Malaysia.

1. DON & DON 2

FIlem ini menjadi kegilaan ramai apabila penonton mendapat tahu bahawa Shah Rukh Khan datang untuk melakukan penggambaran di Malaysia.

Ini telah menjadi satu kebanggaan pada rakyat Malaysia pada ketika itu kerana tidak menyangka bahawa Malaysia dipilih menjadi lokasi penggambaran utama filem tersebut. Contoh seperti di penjara Sungai Udang, Melaka dan Langkawi.

2. CRAZY RICH ASIAN

Kebanyakkan lokasi penggambaran yang dilakukan adalah berada di Malaysia walaupun filem ini tertumpu pada negara Singapura. 

Antara lokasi dalam filem itu seperti Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur, Be-landa House Kuala Lumpur, Astor Bar di The St. Regis Kuala Lumpur, Cheong Fatt Tze Mansion Pulau Pinang, Four Seasons Resort Langkawi dan KLIA2 Selangor.

Bukan itu sahaja, dan filem ini juga dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Malaysia Henry Golding dan juga Michelle Yeoh. 

3. BLACKHAT

Menceritakan mengenai seorang pemuda bernama Nicholas Hathaway yang merupakan seorang penggodam kad kredit dan kemudian membantu pihak berkuasa untuk mencari penggodam atau ‘hacker’ yang meletupkan nuklear di Hong Kong.

Antara lokasi yang digunakan adalah Port Klang, Pulau Pangkor dan Perak. 

4. THE VIRAL FACTOR

Ini merupakan filem aksi arahan pengarah terkenal Hong Kong, Dante Lam.

80% lokasi penggambaran dalam filem ini dilakukan di Malaysia. Antara lokasinya adalah di Pavilion, KLCC, KL Sentral, Menara Petronas dan Unit Udara Polis yang dapat dilihat jelas dalam filem ini!

Filem ini dibintangi oleh Jay Chou dan Nicholas Tse.

5. BATTLE OF THE DAMNED

Filem ini mengenai seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan seorang remaja perempuan yang terperangkap di sebuah bandar yang dipenuhi zombie.

Lokasi penggambaran adalah di sekitar Johor Bahru seperti Dataran Bandaraya, Kota Iskandar di Nusajaya dan di beberapa lokasi lain di Johor Bahru.