Filem 90-an Dilakukan Di Malaysia

Lagi beberapa filem luar yang menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dalam filem mereka. Kali ini kami membawakan beberapa filem dari tahun 90-an kepada anda!

1. INDOCHINE (1992)

Filem Perancis berlatar belakangkan zaman ‘French IndoChina’, mengisahkan seorang pemilik ladang dari Perancis yang menghadapi krisis dengan anak angkatnya yang berasal daripada Vietnam.

Lokasi pilihan filem ini adalah disekitar Pulau Pinang, Ipoh, Parit dan Shah Alam. 

2. POLICE STORY 3 (1992)

Siapa yang tak pernah tengok filem Police Story? Ia merupakan satu filem ‘jenama’ Jackie Chan yang mendapat sambutan cukup hebat. Sekuel Police Story 3 turut dibintangi pelakon aksi Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh!

Lokasi penggambaran yang dilakukan di Malaysia adalah di sekitar Kuala Lumpur. 

78

3. BEYOND RANGOON (1995)

Filem arahan John Boorman yang bergenrekan drama politik.

Diinspirasikan dari kisah benar, watak utama yang dilakonkan oleh Patricia Arquette sebagai Laura Bowman, seorang pelancong dari Amerika yang mengunjungi Burma pada tahun 1988 sewaktu krisis ‘8888 Uprising’ yang sedang melanda negara itu.

Walaupun diperlihatkan seperti berada di Myanmar tetapi keseluruhan filem ini dilakukan di Malaysia.

4. YOUNG AND DANGEROUS 5 (1998)

Apa yang menjadi tarikan bagi filem ini ialah ia mengisahkan kerjasama antara dua kongsi gelap dari Hong Kong dan Malaysia.

Antara babak kelihatan dalam filem ini yang dilakukan di Malaysia ialah, dimana Mei Ling lakonan Shu Qi dan Chan Ho Nam dilakonkan oleh Ekin Cheng bertemu di restoran Soo Kee di Jalan Imbi.

5. ENTRAPMENT (1999)

Dua pelakon terkenal Hollywood Sean Connery dan Catherine Zeta Jones menerajui filem ini.

Filem ini memfokuskan kepada hubungan antara penyiasat Virginia “Gin” Baker dan penjenayah terkenal Robert “Mac” MacDougal yang cuba melakukan rompakan.

Aksi hebat yang dirakam berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, dan beberapa babak di kawasan Chow Kit, dan LRT Bukit Jalil yang digambarkan sebagai Pudu dalam filem ini.

Ini lah beberapa filem luar negara pada tahun 90-an yang memilih Malaysia antara lokasi penggambaran mereka!