Fenomena Squid Game

Mesti ramai yang dah tengok series original Netflix dari Korea yang menjadi fenomena terutama di Malaysia sekarang ini iaitu “Squid Game”.

Ini merupakan drama survival Korea yang diarahkan oleh Hwang Dong-Hyuk. Jalan cerita yang menarik mengenai orang-orang yang mempunyai masalah kewangan dan terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan demi kelangsungan hidup. 

Mereka yang kurang bernasib baik ini kemudian dijemput oleh satu organisasi yang mengendalikan “Squid Game” dimana mereka perlu bermain permainan misteri diantara satu sama lain untuk merebut wang tunai lumayan yang bernilai ₩45.6 (RM161 Juta) bagi pemenang permainan tersebut.

Permainan yang ditonjolkan dalam series ini nampak seperti permainan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak, namun ianya lebih berat daripada itu. 

Sekumpulan pemain yang sertai permainan ini bukannya dipaksa tapi ia berdasarkan atas kehendak mereka sendiri yang tidak tahu bahawa mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka ketika bermain permainan ini.

Konsep cerita ini apabila anda lihat secara teliti konsepnya seakan-akan sama dengan filem yang pernah ditonton sebelum ini seperti filem The Hunger Games pada tahun 2012 atau filem Sci-fi/Seram dari Jepun As Gods Will pada tahun 2014.

Series ini bukan sahaja fokus kepada permainan misteri itu tapi juga menyampaikan mesej bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila suatu keadaan memaksa mereka untuk bertindak sedemikian. Dan menekankan wang atau harta benda tidak menjaminkan kebahagiaan.