Fakta Menarik Tentang The Fast And The Furious.

Memandangkan F9 (Fast And Furious 9) dah tahun ni, kita kasi #campakbelakang sikit tentang 5 fakta menarik tentang filem bersiri The Fast and The Furious ni.

1. The Fast and the Furious (2001)

Mesti korang tahu kalau nak buat filem mesti kena ada idea dan inspirasi, sama juga dengan filem The Fast and the Furious ni.

Filem ni diadaptasikan dari satu keratan artikel majalah VIBE yang ditulis oleh Kenneth Li.

Keratan artikel majalah VIBE yang ditulis oleh Ken Li

Dalam artikel tu Ken Li (Kenneth Li) kongsi pengalaman dan profil pemandu pemacu speedometer, Rafael Estevez.

Kenneth Li dan Rafael Estevez

Siapa sangka daripada menulis senaskah artikel dapat menjadi inspirasi bagi siri filem yang paling menguntungkan!

Sesi Temu Bual Kenneth Li dan Rafael Estevez

Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu betul kan?

2. Trek Lumba Haram Yang Sebenar

Kalau korang nak tahu jugak, dalam filem ni mereka menggunakan trek lumba haram yang sebenar untuk penggambaran The Fast and the Furious.

Pengarah, Rob Cohen

Pengarah, Rob Cohen mengunjungi lokasi itu sendiri bagi persiapan untuk adegan perlumbaan. Dan dia juga memainkan watak cameo kecil sebagai penghantar pizza semasa adegan perlumbaan yang pertama dalam filem itu.

3. The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)

Siapa boleh lupa The Fast and the Furious: Tokyo Drift?

Shibuya Street Race

Yang paling memberi impak bagi penonton adalah bila mereka berlumba di kawasan terkenal di Tokyo, Shibuya Crossing.

Shibuya Street

Pengarahnya, Justin Lin teringin melakukan penggambaran di lokasi paling ramai di Tokyo.

Pengarah, Justin Lin

Tetapi untuk mendapatkan kelulusan penggambaran disana agak sukar terutamanya bagi orang asing sejak filem james Bond 1967, “You Only Live Twice”, undang-undang dan peraturan telah menjadi lebih ketat.

Tapi itu bukan menjadi penghalang buat Lin dan beliau teruskan penggambaran walaupun tidak dapat permit yang sah semasa penggambaran tersebut!

Lin telah mengambil risiko dan juga telah mengupah penyamar sebagai pengarah. Penyamar tersebut kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa dan tidur semalaman di penjara. Akhirnya Lin tetap berjaya juga mendapatkan shot yang cantik dan suasana bandar yang asli bagi scene tersebut!

4. 250 Buah Kereta Hancur

Lagi fakta yang menarik untuk The Fast and the Furious: Tokyo Drift, sebanyak 250 buah kereta yang hancur dalam proses pembikinan filem ini okay! Lagi banyak daripada F5 dan Fast & Furious 6!

5. Drift King Sebenar Watak Pemancing

Dalam The Fast and the Furious: Tokyo Drift ni kalau korang ingat, ada watak yang digelar sebagai D.K (Drift King) yang dimainkan oleh Brian Tee.

Brian Tee

Tetapi “Drift King” yang sebenar, Keiichi Tsuchiya.

Drift King sebenar Keiichi Tsuchiya

Tsuchiya hanya memainkan watak sampingan sebagai seorang pemancing yang melihat Sean Boswell yang dimainkan oleh Lucas Black mula-mula belajar skill dan teknik mengawal kereta.

Sebahagian besar shot memandu yang dilakukan sepenuhnya oleh Tsuchiya sendiri. Itu merupakan satu cameo yang mahal okay!