Fakta Menarik Filem Cruella

Tahun ni ada banyak filem terbaru yang sudah ditayangkan, dan yang paling menarik dari filem Disney adalah Cruella.

Bagi yang belum menonton filem Cruella, ini adalah serba sedikit fakta menarik mengenai Cruella.

Estella/Cruella

Siapa yang pernah tengok 101 Dalmation, ini adalah cerita mengenai karakter jahat dalam cerita tersebut.

Sejak lahir Estella atau nama alter ego nya “Cruella” memang dilahirkan dengan dua warna rambut dan mempunyai karakter yang unik.

Dalam banyak-banyak karakter jahat Disney, Cruella merupakan watak antagonis yang paling bergaya dan ikonik kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

Ramai yang berpendapat bahawa ini merupakan filem Disney pertama yang menonjolkan penyakit mental seperti Estella yang mempunyai penyakit D.I.D (Dissociative Identity Disorder) manakala watak antagonis lain seperti Baroness von Hellman yang mempunyai penyakit megalomania atau Narcissistic Personality Disorder (NPD).

PG Rating

Walaupun ini merupakan cerita dari francais Disney, tetapi Cruella memerlukan bimbingan ibu bapa bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 13 tahun. Kerana jalan cerita yang bergenre Crime Thriller.

Filem ini mengandungi adegan api dibakar secara sengaja dengan niat untuk membunuh, banyak keganasan yang berlaku dan juga penganiayaan secara lisan jadi ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Avant Garde

Bertemakan fesyen Avant Garde disebabkan Cruella dikenali sebagai seseorang yang gemar berfesyen dan sentiasa berfikir diluar kotak.

Pereka Kostum, Jenny Beavan

Pereka kostum bagi filem ini, Jenny Beavan telah menghasilkan 47 pasang baju yang unik dan bersesuaian dengan karakter Estella/Cruella yang dimainkan oleh Emma Stone.

Emma Stone

Manakala 33 pasang baju bagi watak Baroness von Hellman yang dimainkan oleh Emma Thompson. Kesemua kostum diilhamkan oleh Christian Dior, Vivienne Eastwood, Alexander McQueen, David Bowie dan Jean Paul Gaultier serta filem parodi Zoolander.

Bagi penggemar cerita yang bergenre crime thriller, filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan plot twist yang tak dijangka!