Dendam Oldboy
Dek kerana ramai yang suka menonton cerita Korea, ini adalah salah satu filem yang popular dan meraih respon yang positif dari pengkritik filem seperti Roger Ebert dan juga pengarah terkenal, Quentin Tarantino!

Filem Oldboy ini merupakan satu filem yang agak mengelirukan dan perlahan pada awalnya tetapi disebabkan plot cerita yang mendebarkan, ia dapat menarik penonton untuk tonton filem ini sampai habis!

Cerita berlaku pada tahun 1988 yang memaparkan seorang usahawan bernama Oh Dae-Su yang mabuk pada satu malam dan kemudiannya diculik. Apabila Dae-Su tersedar dia terkejut apabila mendapati dia berada di satu bilik hotel lama dan dikunci daripada luar. Dae-Su hanya diberi makanan daripada pintu perangkap dan sebuah televisyen sebagai tingkap untuk dunia luar.


Pada satu hari, Dae-Su mendapat tahu bahawa isterinya telah dibunuh. Disinilah bermula niatnya untuk membalas dendam terhadap orang yang bertanggungjawab menculiknya dan orang yang telah membunuh isterinya itu. Hari-harinya diisi dengan “shadowboxing” sebagai persediaan apabila berjaya keluar daripada ‘penjara’ tersebut.

Dalam usaha Dae-Su yang berusaha mengorek lubang keluar daripada biliknya itu, Dae-Su diberi ubat pelali dan pengsan. Apabila Dae-Su tersedar, dia seakan-akan berada di dunia baharu, selepas 15 tahun ‘dipenjarakan’ Dae-Su akhirnya dibebaskan pada tahun 2003. Daripada situ Dae-Su cuba mencari dalang disebalik penculikkannya itu dan ingin membalas dendam.




Seperti filem-filem yang lain pastinya akan ada babak percintaan, meskipun cerita ini merupakan genre misteri dan thriller, ada juga babak Dae-Su jatuh cinta dengan seorang gadis muda yang bekerja sebagai seorang chef di sebuah restoran sushi. Plot cerita menjadi lebih rumit apabila Dae-Su mengetahui siapa dalang disebalik penculikkannya itu dan siapa gadis tersebut sebenarnya.
Cerita ini sudah semestinya tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana terdapat babak-babak 18SX dan babak ganas.
Filem ini menerima anugerah Grand Prix di Cannes Film Festival pada tahun 2004. Filem ini juga mendapat pujian yang tinggi dari segi action sequence dan juga single-shot fighting sequence (terutamanya babak pergaduhan di koridor tu!).
Anda wajib menonton filem neo-noir dari Korea ini!