Dendam Anak

Lagi filem berkonsep dendam tetapi kali ini kami kongsikan drama bersiri baru yang wajib ditonton!

Siri terbaru dari Korea “My Name” ini baru saja ditayangkan di Malaysia dan mengandungi lapan episod secara keseluruhannya bagi season pertama ini.

Walaupun drama bersiri ini mempunyai elemen seperti filem John Wick dan juga Internal Affairs, namun ia merupakan idea asal daripada penulis-pengarah Kim Jin-min dan Kim Ba-da. 

My Name berkisar mengenai Yoon Jiwoo yang merupakan anak perempuan seorang gangster bernama Yoon Donghoon. Pada harijadi Jiwoo yang ke-17 tahun, bapanya telah ditembak mati oleh seseorang yang tidak dikenali.

Jiwoo bertindak untuk meminta pertolongan daripada majikan dan juga merupakan kawan baik ayahnya, Choi Mujin untuk membantunya mencari dalang disebalik pembunuhan itu selepas polis juga gagal untuk mencari suspek tersebut.

Walaupun keberatan untuk membantu Jiwoo tetapi Mujin mengambilnya Jiwoo sebagai orang bawahannya yang melatihnya untuk menjadi kuat demi membalas dendam atas kematian bapanya itu.

Kebanyakkan cerita Korea memang dikenali dengan Oppa yang kacak-kacak dan jalan cerita cinta yang begitu menyentuh perasaan, tetapi ada kelainan yang ditampilkan dalam siri terbaru ini sehingga berjaya menarik perhatian netizen!

Dengan menonjolkan wanita sebagai watak utama, My Name memang harus ditonton untuk kita melihat bagaimana transformasi seorang gadis biasa menjadi ganas dan sarat emosi berdendam!