Berita Baik Buat Anak Seni

Satu berita yang melegakan buat semua penggiat seni!

Kerajaan Malaysia melalui satu kenyataan media Perdana Menteri pada 7 September 2021, memutuskan untuk melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif.

Berita baik ini pasti melegakan lebih sejuta penggiat seni keseluruhannya.

Ia juga membolehkan lebih 19 ribu syarikat berkaitan industri kreatif kembali beroperasi dan menyambung banyak projek yang tergendala akibat PKP dahulu.

Bagaimanapun, persetujuan untuk memberi kelonggaran ini tertakluk kepada syarat SOP ketat yang diluluskan oleh MKN, termasuk kepada penggiat seni kreatif yang sudah menerima dua dos vaksin serta kapasiti ruang kerja yang dibenarkan.

Kelonggaran ini sangat besar ertinya buat anak seni yang sangat tertekan ekoran hilang pendapatan dan terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Semoga industri seni kreatif tanah air kembali bernafas dan rancak seperti dahulu!

*maklumat lanjut berkaitan kelonggaran ini sila rujuk sumber rasmi Majlis Keselamatan Negara.