Alice In Borderland – Lagi Permainan Berbahaya!

Kalau dah habis tengok siri Squid Game, ini ada lagi satu siri yang lebih kurang sama tetapi versi Jepun pula!

Diadaptasi daripada manga, siri ini arahan Shinsuke Sato yang menceritakan tentang tiga orang kawan yang tiba-tiba terperangkap di bandar Tokyo yang terbiar dan terpaksa menyertai permainan yang merbahaya!

Seperti Squid Game, siri ini juga menggunakan konsep permainan yang melibatkan nyawa pemain. Namun permainan yang diberikan sedikit berbeza dimana jenis dan kesukaran sesuatu permainan itu ditentukan oleh kad yang dimainkan.

Setiap pemain akan diberikan visa, lebih lama mereka bertahan dalam permainan seterusnya, visa tersebut akan membenarkan pemain kekal bermain di alam Borderland. Namun sekiranya visa tersebut tamat, pemain akan dimatikan oleh laser merah yang ditembak daripada langit.

Banyak kritikan positif daripada penonton mengenai siri ini dari segi visual, sinematografi, suntingan dan grafik yang ekstrem. Produksi bagi siri ini, Robot Communications Inc. berkerjasama dengan negara luar seperti Singapura, United States dan India untuk menjayakan siri ini agar nampak lebih berkualiti!

Kalau anda sukakan siri Squid Game yang tular di seluruh negara dan menjadi fenomena, siri dari Jepun ini jugak tidak kurang bagusnya!