Ada Apa Dengan Mencari Rahmat?

Setelah dua kali ditunda akhirnya filem Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop boleh ditonton oleh umum di platform yang sahih.

Filem ini berisi dengan ramai pelakon-pelakon hebat seperti Nam Ron, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Nadia Aqilah, 

Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Eric Fauzi.

Ini adalah sinopsis ringkas mengenai filem ini, jalan cerita mengenai seorang ahli perniagaan yang berjaya Razak lakonan Nam Ron.

Razak yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki.

Konflik dalam filem ini bermula apabila Azman lakonan oleh Amerul Affendi merupakan kawan baik Razak yang mempunyai tabiat berfoya-foya bersama perempuan dan kaki mabuk.

Dan kedua-dua mereka terpaksa mencipta watak yang berbeza sebagai eskapisme daripada realiti kehidupan demi menjaga persepsi keluarga dan orang sekeliling.

Plot twist yang ringan dan membuatkan filem ini lain daripada filem-filem tempatan yang lain.

Fakta yang menarik mengenai filem ini adalah dari segi dialog dan skrip yang bersahaja dengan barisan pelakon yang berpengalaman dalam pementasan teater filem ini juga adalah seperti menonton teater dalam filem. Walaupun genre filem ini adalah komedi tetapi ianya adalah satu filem komedi yang intelek.

Dengan sinematografi yang cantik yang membantu menghidupkan setiap lakonan dalam filem ini dan ia sedikit sebanyak membawa kembali perasaan nostalgia dengan hasil karya allahyarhamah Yasmin Ahmad, arti kata lain hubungan perasaan antara penonton dan pelakon terasa amat dekat. 

Filem ini adalah penanda aras baru bagi filem-filem di Malaysia.