8 Filem Lokal Dalam Amazon Prime!

Mungkin anda tidak tahu, tetapi ada 8 filem lokal yang masuk ke pasaran luar seperti di US dan UK dan boleh didapati di Amazon Prime! 

Ini lah 8 filem tersebut!

1. MUKHSIN

Siapa yang boleh lupakan sentuhan Allahyarhamah Yasmin Ahamad yang banyak menghasilkan karya yang menyentuh perasaan. Ditambah dengan nilai kerakyatan yang sentiasa ditonjolkan dalam iklan-iklan Petronas.

Termasuk juga setiap filem yang dihasilkan oleh beliau. Filem keempatnya Muhksin berjaya memenangi anugerah khas di Festival Filem Anatarabangsa Berlin ke-57 (2007).

Mukhsin mengetengahkan plot cerita ringkas mengenai cinta yang berputik diantara dua anak muda, serta memaparkan kehidupan di kawasan perkampungan di Malaysia yang dinamik dengan pelbagai ragam dan cara.

Sisters Sharifah Aleya dan Sharifah Aryana in a scene from Mukhsin. Photo: Filepic

2. J REVOLUSI

Filem aksi Malaysia terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Production yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil.

Berkisahkan mengenai seorang pengganas yang ingin menguasai sejenis senjata berbahaya. Dia memerangkap seorang ketua serangan pasukan elit dan pasukan khas Malaysia, Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) yang ditugaskan untuk merampas kembali senjata tersebut.

3. KAMPUNG DRIFT

Filem aksi komedi arahan Nevin Hiong, mengenai Johan seorang budak kampung yang meminati sukan lasak drift. Tetapi ia ditentang oleh ayahnya sendiri. Meskipun begitu, Johan tidak berputus asa dan minatnya terhadap sukan itu tidak pernah pudar.

4. SONGLAP

Sebuah filem drama masyarakat Malaysia dan dibintangi oleh dua pelakon pembantu lelaki terbaik Shaheizy Sam dan Syafie Naswip. Dan pada ketika ini, Sara Ali merupakan muka baru dalam industri hiburan dan juga merupakan watak utama dalam filem ini juga tercalon sebagai Pelakon Wanita terbaik bagi FFM-25.

Tidak lupa juga dengan pelakon yang dikenali ramai seperti Rozie Rashid, Omar Abdullah, dan ramai lagi.

Filem ini menunjukkan gambaran sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan kehidupan yang serba kekurangan. Cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada penonton dengan lakonan mantap dari pelakon-pelakon yang hebat!

5. KIL

Cerita yang tidak sesuai untuk ditonton bersama kanak-kanak kerana jalan ceritanya mengenai seorang pemuda (Akil) yang berputus asa untuk teruskan kehidupan dan cuba untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya.

Akil kemudian telah bersetuju dengan terma dan syarat dari organisasi tersebut yang akan membantu untuk menunaikan hasratnya. Konflik bermula apabila Akil telah jatuh cinta dan mengubah fikirannya. Jadi bagaimana Akil ingin membatalkan perjanjiannya dengan organisasi tersebut?

6. CHOW KIT 

Berdasarkan kisah benar, filem ini menceritakan tentang kanak-kanak jalanan terbiar tak terurus yang harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit. 

Filem ini mempunyai dua cerita yang berbeza tetapi dengan latar belakang yang sama yang menceritakan getir kehidupan mereka.

7. BALADA PENCINTA

Filem drama romantik yang diarahkan oleh Khir Rahman dan lagu tema bagi filem “Nanti” ini juga dinyanyikan oleh Khir sendiri.

Filem ini diteraju oleh Siti Saleha dan Johan As’ari. Mereka membawa watak sepasang kekasih Aisyah dan Amir dalam cerita ini. Namun, cerita cinta tak mungkin tanpa konflik. Begitu juga dengan hubungan Aisyah dan Amir apabila ibu bapa Aisyah telah mengaturkan perkahwinannya dengan orang lain. 

Ini merupakan filem kedua dibawah arahan Khir Rahman dan filem Balada Pencinta ini diterima baik oleh pengkritik filem tempatan. Jika anda belum saksikan lagi trailer filem ini, tengok dibawah ini!

8. ANAK JANTAN

Filem yang terakhir adalah Anak Jantan yang dibintangi oleh Farid Kamil sebagai pelakon utama dan Nora Danish sebagai heroin dan Bront Palarae yang memegang watak antagonis dalam cerita ini.

Terdapat isu yang berbangkit mengenai filem ini apabila Farid kamil pernah memuatnaik sekeping foto adegan dalam filem ini bersama Nora Danish.

Cerita ini adalah mengenai kisah Darin (Farid Kamil) yang dihantui oleh kehidupan yang lalu dan gaya hidup negatifnya berubah apabila beliau jatuh cinta kepada seorang wanita dari kampungnya bernama Nara (Nora Danish). Namun kebahagiaan rumahtangga mereka tidak kekal lama apabila rakan lama Darin, Somchai (Bront Palarae) kembali dan menyebabkan kekacauan di tempat kerja Darin.

Ini lah filem-filem yang berjaya dimasuki ke pasaran US dan UK. Semoga akan ada lagi filem tempatan yang berjaya menembusi pasaran dunia.