5 Filem Tempatan Kutipan Tertinggi

Peningkatan kualiti filem tempatan menyaksikan lebih ramai pencinta sinema kini hadir ke pawagam memberi sokongan.

Peningkatan kualiti ini secara tidak langsung menyebabkan juga peningkatan jumlah kutipan tiket. Ia mewujudkan saingan sihat dikalangan pengeluar filem yang berlumba-lumba menghasilkan filem terbaik demi menarik kunjungan kaki wayang.

Sejak 10 tahun lepas, banyak filem tempatan yang tidak bermasalah mencatat kutipan RM 10 juta ke atas. Kami senaraikan 5 filem tertinggi kutipan tiketnya yang pasti mengejutkan anda.

Munafik 2 – RM 48 juta

Filem sekuel arahan Syamsul Yusof ini menduduki tangga pertama kutipan tertinggi. Hampir sekali ganda berbanding filem pertama. Memanfaatkan minat penonton tempatan yang menggemari genre seram, Syamsul memang tahu bagaimana untuk menjual filem seperti ini. 

Hantu Kak Limah – RM 36 juta

Prekuel filem ini iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah mencatat kutipan RM 8 juta. Anda boleh kira sendiri berapa banyak peningkatan untuk sekuelnya. Memang semua orang ternanti-nanti naskhah Allahyarham Mamat Khalid ini yang berjaya mencipta identiti tersendiri. 

Ejen Ali The Movie – RM 30.5 juta

Harus kita akui bahawa kualiti filem animasi Malaysia sememangnya berkelas dunia dan membanggakan.

BoBoiBoy Movie 2 – RM 29.6 juta

Sekali lagi kami tegaskan. Kualiti filem animasi Malaysia sememangnya berkelas dunia dan membanggakan. Tabik spring!

PASKAL – RM 28.6 juta

Filem aksi ketenteraan ini menjadi buah mulut sewaktu ditayangkan dek kerana kekemasan aksi, plot serta realiti dalam dunia Pasukan Khas Laut yang dipersembahkan. 

Selain dari 5 filem ini, banyak lagi filem yang mencatat kutipan yang membanggakan seperti Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal (RM 26.2 juta), Polis EVO 2 (RM 22.4 juta) dan Abang Long Fadhil 2 (RM 18 juta). 

Angka-angka di atas menunjukkan bahawa industri perfileman tempatan masih mempunyai masa depan. Asalkan penerbit dan pengarah konsisten menghasilkan naskhah yang baik, peminat tempatan tidak keberatan berbelanja jika mereka dihidangkan dengan sesuatu yang memuaskan hati.