5 Filem Paling Kontroversi Di Malaysia

Ada beberapa filem tempatan yang pernah menjadi buah mulut orang ramai dalam industri hiburan.

Tapi yang sebenarnya filem-filem ini merupakan hasil karya yang lain daripada yang biasa dilakukan. Ini beberapa filem yang pernah menjadi kontroversi di Malaysia!

1. Perempuan, Isteri Dan…

Hasil karya U-Wei Hj Saari, memaparkan kehidupan sepasang suami isteri Amir dan Zaleha. Pada tahun 1993 filem ini mencetuskan kontroversi apabila ada babak Sofia Jane berkemban.

Sofia Jane

Akan tetapi realitinya, filem ini antara filem terbaik yang pernah ditayangkan di Malaysia! Ditambah kehebatan lakonan Nasir Bilal Khan menjiwai watak Amir yang merupakan seorang suami yang egois dan panas baran.

Nasir Bilal Khan

Dengan jalan cerita yang berlainan, pada masa itu ianya agak sukar untuk diterima dengan baik oleh umum dengan representasi seksualiti wanita di dalam filem ini.

Perempuan, Isteri Dan ….. berhasil merangkul lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 termasuk Filem Terbaik. 

2. Lenjan

Siapa tak ingat lakonan Dato Rosyam Noor sebagai Zarin yang merupakan seorang perogol dan pembunuh bersiri?

Filem ini mewakili Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik!

Apa yang menyebabkan kontroversi?

Filem ini memaparkan beberapa babak-babak panas. Apa yang menariknya filem ini diadaptasikan dari kisah benar!

Dato Rosyam Noor

Selain daripada Dato Rosyam Noor, pelakon hebat lain termasuk Eman Manan dan Datin Seri Haznina Juren.

3. Tanda Putera

Kalau kita lihat tiada batasan dalam industri hiburan diluar negara terutamanya dari segi kreativiti dalam perfileman, filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba ini mengundang kontroversi apabila dikatakan memotretkan sejarah penglibatan pemimpin DAP dan kaum Cina dalam peristiwa berdarah 13 Mei secara tidak jujur.

Shuhaimi Baba

Apa yang buatkan filem ini lebih teruk apabila laman Facebook filem ini memaparkan gambar seorang ahli parlimen sedang dibawa oleh sekumpulan pegawai beruniform berserta kepsyen yang mendakwa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor bekas Menteri Besar Selangor.

Shuhaimi Baba menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan jalan cerita ini hanya diilhamkan daripada peristiwa tersebut dan hanya fiksyen semata-mata. 

4. Bukak Api

Mungkin tiada siapa yang ingat tetapi filem ini tidak pernah mendapat kelulusan untuk ditayangkan di layar perak.

Filem arahan Osman Ali ini mencetuskan kontroversi lapisan masyarakat dengan menceritakan perjalanan seorang lelaki yang bertubuh wanita yang menagih kebebasan hak dari masyarakat sekeliling.

Namun bukan itu sahaja, terdapat aksi sensasi seperti merangkul tubuh, menjilat tubuh, bercumbu rakus dan berpakaian separuh bogel.

Namun objektif utama filem ini adalah untuk memberi pengajaran mengenai pentingnya penggunaan kondom ketika bersetubuh secara rambang dan persepsi negatif masyarakat terhadap ‘mak nyah’ dan pelacur serta menyelitkan juga isu bahaya terhadap suntikan hormon.

Filem ini berjaya memberi kesan yang positif pada orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum berdasarkan kejahilan seseorang itu.

5. Dukun

Filem sulung arahan Dain Said yang dinanti-nantikan oleh orang ramai akhirnya ditayangkan pada tahun 2018 selepas 12 tahun.

Filem ini pernah diharamkan untuk ditayangkan sebelum ini kerana jalan cerita filem ini diangkat dari kisah benar pembunuhan ahli politik oleh Mona Fandey pada tahun 1993.

Kes Pembunuhan Oleh Mona Fandey

Pada ketika itu dan merupakan kes yang paling yang meninggalkan kesan terhadap seluruh rakyat Malaysia.