5 Filem Aksi Terbaik Malaysia – Bahagian 2

Perkembangan pesat industri perfileman dunia turut memberi impak positif kepada sinema Malaysia. 

Paling menunjukkan peningkatan ketara ialah filem genre aksi. Jika dahulu, filem aksi Malaysia boleh merosakkan keseluruhan filem, kini ia mencapai tahap membanggakan. 

Kami senaraikan 5 filem aksi (bahagian 2) yang paling menyerlah dalam lanskap perfileman Malaysia. 

*Klik pautan ini untuk membaca artikel bahagian 1

1. Bunohan (2012)

Bunohan menceritakan tentang 3 adik beradik yang bergelut dalam konflik kehidupan, kekeluargaan dan dendam. Bunohan mendapat maklum balas yang pelbagai dari pengkritik dan peminat filem tempatan. Filem ini merangkul beberapa anugerah utama dalam Festival Filem Malaysia ke 25. Bunohan turut tercalon ke Festival Filem Antarabangsa ASEAN dan Festival Filem Asia Pasifik. 

2. J Revolusi (2017)

J Revolusi antara filem yang mengetengahkan drama dan aksi yang melibatkan unit beruniform. Ia bagaikan satu trend ketika itu. Dibarisi pelakon yang mampu menjual cerita, aksi yang dipertontonkan juga kemas dan berkualiti.

3. KL Special Forces (2018)

Menampilkan hero Malaya sepanjang zaman, iaitu Dato’ Rosyam Noor serta hero baru, Fattah Amin, KL Special Forces juga antara filem yang mengikuti trend ketika itu, iaitu tentang unit khas badan beruniform. KL Special Forces mencatatkan kutipan yang memberangsangkan serta komen positif.

4. Geran (2019)

Keistimewaan filem Geran bukan sahaja kerana kesemua pelakonnya melakukan sendiri adegan ngeri, tetapi juga kontroversi kononnya ia filem yang tidak boleh ‘dijual’. Namun ternyata filem ini mendapat sambutan yang baik dari pencinta sinema tempatan, terutamanya pengamal seni silat. Malah, mendapat anugerah khas dari festival filem luar negara. 

5. Bulan dan Pria Terhebat (2020)

Bulan dan Pria Terhebat memberi sedikit kelainan dalam lanskap filem aksi tempatan. Ini kerana ia menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama, dan melakukan sendiri aksi seni beladiri. Jalan ceritanya berkenaan pemerdagangan wanita juga mendapat maklum balas yang baik dari pengkritik. Sayangnya filem ini hanya sempat beraksi di pawagam dalam tempoh yang singkat, sebelum dihentikan tayangan akibat pandemik Covid-19.