5 Filem Aksi Terbaik Malaysia – Bahagian 1

Perkembangan pesat industri perfileman dunia turut memberi impak positif kepada sinema Malaysia. Sejak 10 tahun lepas, beberapa filem yang diterbitkan menunjukkan peningkatan kualiti baik dari aspek lakon layar mahupun teknikal.

Paling menunjukkan peningkatan ketara ialah filem genre aksi. Jika dahulu, filem aksi Malaysia boleh merosakkan keseluruhan filem, kini ia mencapai tahap membanggakan. 

Kami senaraikan 5 filem aksi yang paling menyerlah dalam lanskap perfileman Malaysia. Bukan sahaja bagus kualiti pembikinannya, tetapi juga mencatat jumlah kutipan tiket yang memberangsangkan.

1. KL Gangster (2011)

Melihat kepada poster filem, KL Gangster dilihat cuba ‘menjual’ beberapa nama besar pelakon lelaki seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Ady Putra dan Zizan Razak. Namun setelah menonton, skeptikal tersebut hilang. Ceritanya ringkas, namun berjalan lancar dan padat dengan aksi. Kisah perebutan kuasa antara dua gangster, gangster yang sudah bertaubat dan sedikit elemen keluarga sebagai penambah rencah.

Tonton trailer KL Gansgter di sini

2. Hikayat Merong Mahawangsa (2011)

HMM boleh dikatakan gabungan antara filem sejarah dan aksi. Mengisahkan tentang sejarah awal penubuhan kerajaan Melayu Kedah, ia menampilkan banyak adegan aksi dengan kesan khas dan production design yang menarik. Beberapa pelakon hebat tempatan seperti Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su dan Khir Rahman turut menguatkan filem ini.

Tonton HMM secara penuh di sini

3. Polis Evo (2015)

Polis Evo hadir dengan imej yang cukup berbeza berbanding filem-filem aksi kepolisan sebelumnya. Malah, ia dianggap antara yang terbaik dalam sejarah perfileman tempatan. Dengan jalan cerita yang menarik, aksi tembak menembak yang dipaparkan cukup seronok ditonton. Disulami dengan elemen komedi yang menjadi trend masa itu. 

Filem ini turut melonjakkan nama Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah filem aksi yang hebat.

Tonton 19 minit filem Polis Evo di sini

4. Paskal (2018)

Filem ini diadaptasi dari kisah benar. Ia berkisar tentang operasi Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlibat dalam  misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada launun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Dibintangi ramai pelakon muda, aksi taktikal ketenteraan yang dipersembahkan mendapat pujian kerana cukup kemas dan realisitik. Ditambah pula dengan senjata dan kelengkapan PASKAL sebenar.

Tonton 12 minit filem Paskal di sini

5. Wira (2019)

Sentuhan dari pengarah yang sama dengan filem PASKAL, Wira mengisahkan tentang perjuangan seorang bekas tentera yang kembali ke kampung halaman membela nasib keluarga dari lintah darat. Aksi pertarungan dalam filem ini juga berada pada kelas tersendiri, sehinggakan mampu membuatkan badan penonton ‘bergerak’ sama. 

Tonton trailer filem Wira di sini